STIFIn Personality
STIFIN PERSONALITY MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Mohd Azlan Bin Adnan Norliza Binti Abdul Razak Baha Hj Nordin Abstrak “Sifat yang terenap dalam jiwa dan keluar secara spontan” adalah terminologi ulung al Ghazali (1058-1111) tentang personaliti. Definisi ini sangat hampir dengan pentakrifan yang dikemukakan oleh Bapa Psikologi Moden, Sigmund Freud (1856-1939) melalui Teori Psikoanalisisnya tentang “iceberg”, “conscious” dan “sub conscious” (id, ego dan superego). Lebih jauh lagi, definisi Freud tentang “iceberg” ini sangat menepati landasan al-Quran (alShams 91: 7-8). Manakala, domain sifat pula dikeluarkan oleh Carl Gustav Jung (1875-1961) dengan menyebutnya sebagai STIF (Sensing Thingking Intuiting dan Feeling). Diperkasakan oleh Farid Poniman dengan menambah In (Insting) Luria, 1970. STIFIn adalah personaliti yang tersimpan dalam struktur psikik manusia yang terpancar apabila ia berinteraksi dengan persekitaran. Konsep STIFIn ini diperkukuhkan dengan wahyu Allah berkaitan setiap domain STIFIn. Membenarkan hakikat bahawa al-Quran adalah sebuah kitab yang sangat saintifik. Era STIFIn sebagai pemacu kepada kegemilangan ummah sirna kembali. STIFIn akan terus bereksperimen dengan manusia yang bersifat fitrah dan mampu melahirkan lebih banyak gagasan agung yang sangat menakjubkan. Kata Kunci: Terminologi, Personaliti, STIF, STIFIn PENDAHULUAN Memahami manusia dalam konteks personaliti akan memudahkan komunikasi dua hala berlangsung dengan sejahtera. Secara umumnya, personaliti apabila di kategorikan akan memudahkan manusia untuk berinteraksi. Ia mampu mengecilkan kepelbagaian kelompok personaliti manusia kepada beberapa orientasi utama dalam kehidupan. Justeru ujian personaliti mampu mempermudahkan manusia mengenaali lebih dekat tentang manusia. Lantaran itulah kita boleh melihat banyak ujianujian personaliti yang wujud seumpama MEQI, MBTI, VTI, SDS dan banyak lagi. Semua inventori ini mengukur personaliti berdasarkan domain yang mahu diukur sahaja. Sifatnya sangat terhad. Keunikan manusia adalah berpunca dari personaliti utama (STIFIn) yang berinteraksi dengan persekitaran. Pusat kepada interaksi manusia adalah otak. Apabila interaksi berlaku ia menghasilkan respon berupa tindak balas yang sangat kuat kecenderungannya berdasarkan personaliti. Justeru STIFIn membuka ruang perbincangan dengan memahami personaliti manusia melalui orientasi otak. Keupayaan STIFIn mengkalibrasikan teori-teori berkaitan otak menyebabkan banyak rahsia tentang manusia mampu terjawab secara saintifik, agama dan fitrah. DALIL AL-QURAN DAN AL-HADITH Pembicaraan tentang personaliti dalam konteks Islam telah bermula seawal pengutusan nabi Muhammad s.a.w sejak lebih daripada 14 kurun yang silam. Justeru bukanlah sesuatu yang pelik apabila sebahagian dari perbahasan cendekiawan Islam berkisar tentang pembentukkan sahsiah diri, akhlak mahupun personaliti seseorang. Keadaan ini amat penting disebabkan manusia itu sendiri menzahirkan akhlak yang berinteraksi dengan persekitaran. Lebih tegas lagi matlamat perutusan nabi Muhammad s.a.w juga sebahagiannya adalah menyempurnakan akhlak manusia. Sebagaimana sabdanya yang terkenal yang dirakam oleh al-Imam Ahmad dalam al-Musnad; ISBN 978-967-0582-48-9 451 َْلَخ ْلأ َ ْ َا ِ َ ََحْلِ َِّْلتمُ مع ْل م ْ َمح ُم ْلتث ْلمَّ ا Ertinya: Sesunggunya sebahagian dari tujuan pengutusanKu adalah menyempurnakan akhlak yang baik. (Al-Hadith) Apa yang menarik adalah perbahasan tentang akhlak dan personaliti ini terus berkembang sehingga zaman moden menjadi tajuk perbincangan dan kajian dalam aspek ilmu psikologi. Sejajar dengan itulah juga lahirnya STIFIn sebagai satu persembahan terkini yang mengungkapkan seluruh potensi insan secara menyeluruh. Ujian imbasan jari STIFIn Personaliti dalam konteks Islam bukanlah sesuatu yang pelik dan asing. Bukan juga satu bentuk tilikan nasib yang tersasar dari ajaran Islam yang sebenar. Ataupun sesuatu yang diada-adakan tanpa sandaran langsung dari junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Namun STIFIn Personality dalam konteks pendalilan dan pembuktian dari nas-nas yang sahih terbukti sejajar dan jauh daripada penyimpangan akidah. Malahan dalam konteks perbahasan oleh para cendikiawan juga telah dibuktikan dengan kajian-kajian ilmiah. Justeru sandaran utama kepada ujian imbasan jari STIFIn Personality adalah firman Allah s.w.t di dalam al-Quran: َمهُ َّن نَّ ۡج َمَع ِع َظا ل َ ۡۡلِن َسٰـ ُن أ يَ ۡح َس ُب ٱ َ َى أ ۥ )٣ )بَنَانَهُ َس ِو َن نُّ ٰىٰٓ أ ٰـِدِري َن َعلَ ٰى قَ بَل ۥ )٤َ ) Ertinya:Apakah kamu mengira Aku tidak mampu mengumpulkan tulang belulang kamu, bahkan kami mampu mengumpulkan jari jemarimu yang telah hancur. (Surah al-Qiamah: 3-4) Ayat di atas jelas menceritakan tempelakkan Allah s.w.t kepada manusia tentang kemampuanNya mengumpul kembali tubuh manusia yang telah hancur luluh setelah kematian. Bahkan jauh lebih penting adalah pernyataan utama Allah bahawa keupayaanNya mengumpulkan daging-daging jari yang hancur bersama tanah. Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyebut bahawa maksud jari jemari adalah jari-jari haiwan atau binatang. Para ahli tafsir pada kurun-kurun awal perkembangan ilmu menafsirkan hanya melihat dalam konteks apa yang berlaku di keliling mereka. Mereka membawa manusia terbanyak berfikir tentang keajaiban penciptaan Allah s.w.t.dalam kadar yang mampu difikirkan oleh manusia ketika itu. Sangat terhad dan sungguh mudah perumpamaan dan contoh yang diambil. Mungkin setakat fungsi, perbezaan struktur, keunikan dan seumpamanya. Cukup untuk manusia menilai erti kebesaran Allah. Hakikatnya, mukjizat Allah melalui al-Quran telah mendahului penemuan sains yang menyebut perkaitan “cap jari” dengan personaliti manusia (Mandeep Singh dan Oindri Majumdar, 2015), sebagaimana yang telah dibuktikan dalam banyak kajian saintifik. Cap jari juga mampu memberi petunjuk kepada kecenderungan jenayah (Richard dan John, 2008), jenis penyakit (Herman dan Weinreb, 1985), isu seksualiti (Richard dan Robert, 2000), identifikasi diri (Eng. Cătălin Lupu, 2014) serta banyak tujuan yang boleh dimanfaatkan. AKHLAK DAN PERSONALITI Akhlak dari segi bahasa : berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : ْرق َْ آم ْ آملم ِِ م َْ مَله َحَ “Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran.” Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran. Al-Imam al-Ghazali r.h.m dalam Ihya’Ulumuddin (1937-38) mentakrifkan akhlak adalah sifat yang terenap dalam jiwa dan keluar secara spontan. ISBN 978-967-0582-48-9 452 Perkembangan teknologi moden melalui kajian sains telah membuka satu lembaran baru kepada manusia dengan penggunaan alatan “fingerprints” sebagai sumber identifikasi manusia. Cap jari menjadi satu kod yang tidak sekali-kali wujud persamaan antara manusia sejak awal kewujudan manusia. Melalui jari jemari ini terdapat data personaliti manusia yang tersimpan erat dalam belahan otak. Struktur kontor yang terbina di jari setiap manusia tidak dijadikan oleh Allah s.w.t secara siasia. Ia merupakan kod personaliti yang mencirikan seseorang dengan karakteristik yang tertentu. Amat menakjubkan. Kecanggihan teknologi menyebabkan manusia mampu menerobos belahan otak yang merupakan pusat kepada lahirnya trait/sifat personaliti manusia. Setiap manusia hanya mempunyai satu trait personaliti yang dominan. Melaluinyalah manusia mengekspresikan diri mereka dalam melakukan interaksi sesama manusia. Inilah punca kerencaman manusia yang sangat unik ciptaan Allah s.w.t Yang Maha Agung. Berbillion umat manusia. Namun tidak sesekali ada yang sama pada skala personaliti mereka. Firman Allah: ِن فِى َجۡوفِ ِهۦ ۡي بَ ۡ ِ من قَل َر ُج لٍ۬ َل ٱ ََّّللُ ِل َجعَ َّما Maksudnya: Tidak kami jadikan pada jiwa seseorang dua personality (dalam satu ketika). (Surah alAhzab: 4) Firman Allah ini benar-benar menginsafkan penulis. Setiap manusia Allah pasti bekalkan kepada mereka satu trait personaliti yang unggul. Orientasi trait inilah yang akan menjadi tapak utama kepada komunikasi yang berlaku dengan persekitarannya. Sekiranya manusia mempunyai pelbagai trait personaliti dalam satu ketiga maka akan timbullah kecelaruan. Keadaan ini jika tidak diurus dengan baik akan membawa kepada kemurungan. Kemurungan yang berpanjangan akan membawa kepada satu istilah perubatan moden yang disebut pskizofrenia. Sejenis sakit mental yang membabitkan kecelaruan. TRAIT PERSONALITI MENURUT AL-QURAN Kalau sekiranya masih ada manusia yang mahu menolak tentang kebenaran STIFIn ini. Bukankah di dalam al-Quran banyak menyebut tentang trait personaliti seperti mukmin, muslim, munafiq, musyrik, kafir dan banyak lagi. Dalam masa yang sama juga al-Quran dan al-Sunnah menerangkan pula ciri-ciri personaliti tersebut secara lebih mendalam. Berikut adalah serba ringkas senarai trait personaliti yang dirakamkan oleh al-Quran. Antara yang boleh disenaraikan serta seringkali menjadi Trait personaliti muttaqin (2:3-5) trait personaliti kafirin (2:6-7) trait personaliti munafiqin (2:8-20) trait personaliti ulul albaab (3:191-194) trait personaliti mukminun berjaya (23:1- 11) trait personaliti ibadur rahmaan (25:63-74) dan banyak lagi yang di sebut dalam al-Quran. PERSONALITI DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin (1937-1938) mentakrifkan akhlak sebagai sifat yang terenap dalam jiwa yang keluar secara spontan. Definisi ini membawa pengertian bahawa sifat-sifat personaliti tersimpan dalam struktur psikik manusia. Sifat-sifat ini akan bertindakbalas terhadap sesuatu insiden yang berlaku dengan mengeluarkan ciri-ciri sebenar tingkahlaku yang mengisi diri seseorang. Respon yang berlaku secara spontan (“unconscious mind”) inilah sebenarnya akhlak. Manakala yang dipamerkan dalam keadaan terkawal (“conscious mind”) itu bukanlah gambaran kepada sifat-sifat sebenar peribadi seseorang. Kerana ia dibawah kawalan ataupun seolah-olah manusia sedang berlakon. Inilah teori yang mendasari gagasan besar STIFIn Personaliti yang menjadi sumber kepada Carl Gustav Jung mengemukakan teori STIF nya. ISBN 978-967-0582-48-9 453 Namun demikian jika dilihat perspektif Sigmund Freud dalam The Ego dan The Id (1923) mendefinisikan tingkahlaku manusia adalah seumpama sebungkah ketulan ais di tengah lautan. Bungkah ais ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian yang timbul (“conscious mind”) dan tenggelam sepenuhnya (“unconscious mind”). Bahagian bongkah ais yang timbul adalah tingkahlaku sedar yang mewakili aktiviti harian manusia. Interaksi normal yang dikawal oleh akal sepenuhnya dalam melakukan sesuatu tindakan. Bongkah ais yang timbul hanya mewakili sebahagian kecil personaliti manusia sahaja. Namun hanya sedikit sahaja daripada personaliti itu terzahir secara lahiriah manakala banyak daripada tingkahlaku manusia tersembunyi di bawah air. Tingkahlaku ini berlaku tanpa kawalan dan keluar secara spontan dan semulajadi. Ia adalah “thru color” individu terbabit. Respon yang terzahir secara spontan itulah yang menggambarkan bahawa akhlak itu telah menjadi “malakat” pada seseorang. Manakala bahagian yang tenggelam sepenuhnya mewakili perkara yang tidak selesai, kisahkisah silam, dendam dan sebarang perkara yang terpendam dalam struktur psikik manusia. Bahagian minda bawah sedar manusia ini akan bertindak balas apabila ada respon berkaitan peritiwa yang telah dialami dalam hidup manusia. Ataupun respon itu berlaku dalam bentuk pembinaan watak dan personaliti seseorang. Inilah yang disebut sebagai sifat yang terenap oleh al Ghazali dalam pentakrifan akhlak oleh beliau. Apa yang menarik, ingin diulas adalah hakikat teoritikal barat ini sebenarnya berpaksi kepada firman Allah s.w.t: َها ) َسَّوٰٮ َو َما س ٍ۬ ۡ َو ٧ نَف َه ( ا ) َوٰٮ ۡ َوتَق ُجو َر َها َهَمَها فُ ۡ ل فَأ ٨َ ) َ َه قَۡد ا ) أ َح َمن َز َّكٰٮ لَ ف ٩ۡ ) Maksudnya: Demi jiwa dan penyempurnaannya. Maka kami ilhamkan padanya jalan fujur dan takwa. Maka sesungguhnya telah berjayalah sesiapa yang mensucikannya dan binasalah sesiapa yang merosakannya. (Surah al-Shams: 9-12) Begitulah hakikat penciptaan jiwa yang bertarung antara dua nilai iaitu baik dan buruk. Ada kalanya jiwa akan menang. Meningkat tahap akhlak dan peribadi seseorang. Kadang kalanya jiwa akan kalah yang akan menjerumuskannya ke kancah kehinaan. Inilah dilema yang turut dikongsi oleh Freud dalam menerangkan analisis pertarungan dalam setiap personaliti. Pertarungan antara tiga komponen utama instinct yang tersimpan dalam struktur psikik manusia iaitu id, ego dan superego. Ataupun pertarungan jiwa yang diapit oleh fenomena nafsu, baik dan jahat. KONSEP STIF Carl Gustav Jung dalam bukunya Theory of Psychological Types (1921) menampilkan struktur otak yang mewakili 4 domain utama iaitu Sensing, Thinking, Intuiting dan Feeling. Menurut Farid Poniman dalam bukunya STIFIn Personaliti (2012) bagi menyempurnakan penemuan STIFIn beliau menambah domain “In” atau “Instinct” yang terletak pada fungsi gabungan serebelum, medulla, mid brain, pons, dan brain stem yang dikemukakan oleh Luria A.R (1970) dalam The Functional Organisation of The Brain. Sekaligus melengkapkan konsep STIF kepada STIFIn. Justeru, Maha Suci Allah yang menciptakan manusia dan otak sekali-kali tidak menolak hakikat bahawa semua domain yang disebut itu Allah telah ungkapkan terlebih dahulu di dalam ayatayat al-Quran. Antaranya: SENSING Firman Allah: َف ُخِلقَ ۡت ) ِ ِل َڪۡي ۡۡلِب لَى ٱ ِ ُظ ُرو َن إ فَ ََل يَن أ ٧٧َ ) ISBN 978-967-0582-48-9 454 Ertinya: Maka tidakkah mereka memerhatikan unta bagaimana diciptakan? (Surah al-Ghasiyyah: 17) THINKING Firman Allah: متمُ َِّتهل َْ ِِ ْلبتح َك َ َمت َُ مبُ مَم َ ْل ْلتر َمََِّ َُل َْ ت ْلحِِ َن ُ َِّ َِِتح َ َ م رم َْت Ertinya: Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan? Sedangkan kamu melupakan kebajikan dirimu, padahal kamu membaca al-Kitab,Tidakkah kamu berfikir? (Surah al-Baqarah: 44) INTUITING Firman Allah: ْلل ِِ َُّمحمِ ْلس َمِ َأل ْلا َمنَتَََ َّبرم َْ يف ََله ْل ْلنُ َع ممَلُ َم َىه َمدمتلقَِ نن ََّ نَن مَرم َْ ِ َّهَ دْلمح َ ح َّ ِِ Ertinya: Mereka adalah orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi… (Surah Aali Imran: 191) FEELING Firman Allah: ِهۡم ُرو ِن يَۡم ُشو َن فِى َم َسٰـ ِكنِ قُ ۡ ِهم ِ م َن ٱل َۡهلَ ۡڪنَا ِمن قَۡبِل ُهۡم َكۡم أ ۡم يَۡهِد لَ َولَ أ يَٰـ ت َ َّن فِى ََلِل ََ َََ فَ ََل يَ ۡس َم إ عُو َن ) ِ أ ٦٢َ ) Ertinya: Dan tidakkah menjadi petunjuk kepada mereka, betapa banyak umat sebelum mereka yang telah kami binasakan, sedangkan mereka sendiri berjalan di tempattempat kediaman mereka itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tandatanda kekuasaan Allah. Apakah mereka tidak mendengarkan. (Surah al-Sajdah: 26) INSTINCT Firman Allah: لَ َخ نموِ ْلُ مرم َْ (٢٧( َ مُمنوُ ت مَم َ َمت موتََم مممنومْلمَولم َ مڪ مأ ۦ ت و ْل ْلل ََِّ حُ مُ مرْلِ لََم ورْلر من َِوأل َىً۬ و وأل ْلا ِِ و َ َِع ِ ْل َۡ ا َمحم و مَّح مَ مُل مأ ِِ َ ت ْ وُ نَ َرومِ َمَِ َ ت Ertinya: Dan tidakkah mereka melihat kami mengarahkan awan yang mengandungi air ke bumi yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu, tanam-tanaman sehingga haiwan ternakan mereka dan mereka sendiri dapat makan daripadanya, maka mengapa mereka tidak mahu memperhatikannya? (Surah al-Sajdah: 27) KESIMPULAN Keupayaan Farid Poniman mempersembahkan STIFIn dalam bentuk yang holistik mampu memberi sumbangan besar kepada perubahan manusia. STIFIn membuktikan penciptaan manusia yang bersifat fitrah yang sangat mudah manusia untuk kembali kepada hakikat kepelbagaian kejadian manusia itu sendiri. Ini akan memudahkan manusia untuk membangunkan seluruh potensi insan secara maksimum. Memang jelaslah bahawa penemuan saintifik yang ditemui oleh para ilmuan dari pelbagai bidang masa kini sama ada dalam kalangan ahli psikologi, pakar neurologi, ulama, para cendekiawan mengesahkan bahawa al-Quran adalah kitab yang bukan sekadar mengandungi ilmu berkaitan sains sosial malahan ia mencakup juga kepada ilmu sains itu sendiri. Ini semua adalah menggambarkan kebesaran Allah dalam hal penciptaanNya. Cuma manusia seringkali menafikan kekuasaanNya. RUJUKAN Al-Quran. Al-Quran dan terjemahannya, Jakarta: Cetakan Pustaka Maghfirah. ISBN 978-967-0582-48-9 455 Al-Hadith Al-Imam Ahmad, 1995. Al-Musnad Imam Ahmad (2/381), Muassasah al-Risalah, Beirut, Lubnan. Al-Ghazali, (1937-1938), Iḥyāʾ ʿulūm al-Dīn. Cairo: Lajnat Nashr al-Thaqāfa al-Islāmiyya, 1356-57. Carl G. J. (1921), (1976).Theory of Psychological Types, Princeton University Press. Eng. Cătălin Lupu, 2014. The Beginnings Of Using Fingerprints As Biometric Characteristics For Personal Identification Purposes, Annals of the „Constantin Brancusi” University of Targu Jiu, Engineering Series , No. 3/2014. Ştefan cel Mare University of Suceava, ROMANIA. Freud, S. (1923), The Ego and The Id, www.SigmundFreud.net Farid Poniman & Dr Baha Hj Nordin. (2012), STIFIn Personality, Bangi, Selangor: STIFIn Bio Metriks Sdn. Bhd. Geoff Sanders, , Flavie Waters, November 2001. Fingerprint Asymmetry Predicts Within Sex Differences in the Performance of Sexually Dimorphic Tasks. Personality and Individual Differences, Volume 31, Issue 7, Pages 1181–1191. Herman J. Weinreb, MD. January 1985. Fingerprint Patterns in Alzheimer’s Disease. Arch Neurol. 1985;42(1):50-54. doi:10.1001/archneur.1985.04060010056016. Ibnu Katsir, (2011). Tafsir Ibnu Katsir, Beirut, Lubnan: Al Maktaba Al Assriya. Luria. (1970), The Functional Organisation of The Brain, Sci Am.222(3):66-72 passim. Mandeep Singh, Oindri Majumdar, April – Sep 2015. Dermatoglyphics: Blueprints of Human on Fingerprints, Vol 6 • Number 2 pp. 124-146. DOI: 10.090592/IJCSC.2015.608 Page | 124. Available at www.csjournals.com. Richard Green, Robert Young, 1 November 2000. Fingerprint Asymmetry in Male and Female Transsexuals. Personality and Individual Differences. Volume 29, Issue 5, Pages 933–942. Richard Adderley B.Sc., John W. Bond D.Phil., January 2008. The Effects of Deprivation on the Time Spent Examining Crime Scenes and the Recovery of DNA and Fingerprint
Write quote…